Thursday, April 26, 2012

Interview

Sejak dua menjak ni, beria-ia orang-orang Abg Najib duk panggil kawan-kawan aku gi ujian bertulis, ujian fizikal, temuduga. Aku berbinti Abdul Razak kot, tapi nape Abg Najib tak panggil-panggil ni? Sebab aku plan tak nak gi mengundi ke apa?

Haish.. Tak boleh jadi ni.

Dalam bulan ni gak, aku dah pegi 2 tempat untuk interview; DataCom dan Astro.
Tapi dua-dua tak nak aku.

Badi apakah yang melekat?

PANG!

Badi kepala hotak ko!
Ni semua rezeki kot.

Friday, April 20, 2012

Sembuh fasa #2

"Ma.. Xsir mari KL ko? Kak Mah rindu ko ma."



Ma terus call Along ngan Abe tanya samada aku ada masalah ke x

Along cakap x de

Abe kata masalah keje

The truth is

Kak Mah pun xtau masalah apa

Yang pasti Kak Mah sangat2 down

Sampai effect kesihatan diri

Kejap makan banyak

Kejap x makan langsung

Tido x lena

Kadang2 ditemani air mata

Yg paling terasa bila hanya beberapa malam sahaja sempat mengadu pada yang Esa.

Hati dan firasat ibu biasanya 99% benar

Ma...

Kerisauan Ma ada asasnya

tapi Kak Mah x mampu untuk mengadu

Restui Kak Mah

Semoga dengan restu itu

Kak Mah akan terus berdiri menghadapi duniawi

Tuesday, April 17, 2012

#5

Sekarang ni aku ada konflik dalaman dengan TL baru.
Masih menjadi tanda tanya kenapa dia memilih aku untuk masuk group dia
Ramai cakap sebab performance aku bagus
(haptuih) Hahhaha

Tapi seriusly macam tak puah hati
Dah la perangai macam bajet bagus
Cukup la 2 adik dia je yang layan dia
Aku mmg serabut tengok orang bodek2 ni
Macam HARAM!

Dah la buat houserule macam kejadah
Salah tu sket.. BAYAR
Salah ni sket.. BAYAR
Then klo dia boring, buat OUTING

Apa? Ingat orang lain kaya macam dia dan adik2 dia ke?
Weh.. pikir la..
setiap orang ada komitmen masing2
setakat gaji x sampai 2K tu
mana la aku nak ada simpanan klo asyik derma kat kau je
Dah la DBKL pun suka bagi aku kad undangan!

Argh.. Makin hari makin stress
Tapi terpaksa gak maniskan muka yang dah diabetes ni



Monolog: Sampai bila agaknya hidup nak macam ni kan? kerja macam takde satu pun yang menyakinkan hidup. Duit asyik tak cukup. Hati seringkali disakiti.
Hanya Allah yang tau perancangan hidupku.. Dan aku akan berusaha meminta yang terbaik daripadanya. AMin~

Monday, April 16, 2012

Sembuh fasa #1

Kebahagiaan milik setiap insan..

Kita hanya perlu cara yang betul untuk mendapatkannya

usah dengki melihat insan di sekeliling semakin bahagia

sebaliknya berdoa dan berusahalah untuk peroleh kebahagiaan juga..